Aku tak faham kenapa kebelakangan ni ramai yang nak pertikaikan sebab seseorang tu bertudung. Biarlah dia dah bertudung, kau nak apa lagi? Pakai tudung salah, bogel telanjang pun salah. Habis apa yang betul di mata kau?
Statement korang semua melemahkan semangat aku tahu tak? Tolong lah faham.
Pada aku, rasanya tak salah kalau seseorang tu nak pakai tudung mengikut trend sekalipun. Kerana lambat atau cepat ikhlas tu akan datang sendiri. Paling tidak pun rasa malu untuk buka tudung semula tu pasti ada dalam diri masing masing. Okay apa, daripada sesetengah orang yang langsung tak mencuba dan hanya mengharapkan hidayah yang entah bila kau nak dapat kalau hati kau tu sengaja menafikan semua nya walaupun mulut acapkali berdoa mahukan hidayah. Lepas tu mahu mengatakan kami yang bertudung ni hanya mengikut trend? Dah la hipokrit. bodoh pula tu. Kami yang bertudung ni tiada hak untuk bergaya ke? Aku bukan nak berlagak aku kuat agama, tapi aku rasa aku perlu bersuara untuk menyatakan pendapat aku sebagai perempuan bertudung. Kalaupun aku ni belum sempurna dalam menutup aurat dengan sepenuhnya, tapi aku sedang berusaha untuk sempurnakan penghijrahan aku ini. Daripada kau terdedah sana sini lepas tu ada hati nak buat statement sedemikian rupa. Tahu tak statement kau tu boleh jatuh hukum fitnah? Fikir, fikir, fikir dulu sebelum cakap, fikir dulu sebelum post status macam tu dekat Facebook kau. Ada otak dan IQ tu gunakan dengan sebaiknya, Jangan leka dengan nikmat Allah dah bagi.
Untuk yang bertudung tu, berperangailah seperti penampilan anda. Biar dianggap kolot, biar orang cakap selekeh. Semoga Allah kurangkan azab kita diakhirat kelak.
Aku bangga dengan penampilan aku sekarang, dan tidak pernah menyesal memulakan hijrah ini.



No comments:
Post a Comment