LIFE IS FULL OF BEAUTY. NOTICE IT. NOTICE THE BUMBLE BEE, THE SMALL CHILD, AND THE SMILING FACES. SMELL THE RAIN, AND FEEL THE WIND. LIVE YOUR LIFE TO THE FULLEST POTENTIAL, AND FIGHT FOR YOUR DREAMS.

Sunday, July 31, 2011

Life



Semuanya bermula pada tanggal 2 Februari 2010, di mana aku dihantar ke ceruk pendalaman hilir Perak. Bagan Datoh. Nama yang asing. Tidak pernah terlintas difikiran aku wujudnya nama itu dalam peta dunia. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. Tempat bermulanya episod baru hidup aku.


Dengan terlafaznya ikrar sebagai seorang pelajar SABDA, maka tahulah aku bahawa ini adalah hidup aku sekarang. Hidup baru.


Homesick. Perkara biasa. Semua benda yang tidak betah aku buat dulu, kini menjadi rutin. Dikelilingi oleh pelbagai ragam manusia dari pelbagai latar belakang betul betul mencabar tahap kesabaran. Betul aku cakap, skill komunikasi aku macam sampah. Aku tak sombong, Aku cuma tak tahu nak cakap apa.


Daripada seorang yang tak tahu berdikari dan sentiasa mengharapkan mama untuk buat semua benda, Aku bertukar menjadi seorang yang pandai menguruskan diri cuma kadang kadang bila pulang bermalam tu mengada mengada sikit semua nak mama buat, ala biasa lah nk bermanja bukan selalu jumpa.


Daripada seorang yang mementingkan diri dan perasaan sendiri, Aku bertransformasi kepada seorang yang lebih bertolak ansur. Kalau dulu semua benda ikut kepala aku, sekarang aku boleh terima pendapat orang lain. Even tak banyak, tapi tetap ada.


Dulu, kepala aku tidak berpenutup. Tapi kini, Alhamdulillah kini tudung kekal lekat dikepala. Dan semoga terus kekal.


Secara keseluruhannya, SABDA dah banyak ubah hidup aku.


dan Dah banyak hilangkan kebahagiaan aku.


I lost the people from my past life right after I started my new life. I lost my old friends when I got my new friends. Kalau ini semua harga yang perlu aku bayar, aku taknak. Aku nak hidup aku yang dulu dengan perubahan aku sekarang. Tamaknya aku. So what, apa guna perubahan aku kalau semua yang aku ada dulu, dah hilang?


Dia ni cakap,

semuanya salah SABDA. Maksudnya salah aku sebab aku yang pilih hidup di situ. Hey babe, kita still kawan no matter what. Imissyou. Make sure after SPM continue belajar kat KL !

Mahfudz ex aku dulu siap bagi tempoh 2 minggu suruh aku pindah kalau tak dia nak break. Lawak betul.

Tapi jin apa yang merasuk aku, sampai sekarang aku bertahan duduk sana even banyak merengek mengadu nak pindah. I'm proud to say this, Iloveyou SABDA <3

Perjuangan sudah dimulakan dan hanya perlu diteruskan dan ditamatkan.

4 bulan je lagi Tya 4 bulan.


semoga imej ini terus kekal =)

1 comment: