LIFE IS FULL OF BEAUTY. NOTICE IT. NOTICE THE BUMBLE BEE, THE SMALL CHILD, AND THE SMILING FACES. SMELL THE RAIN, AND FEEL THE WIND. LIVE YOUR LIFE TO THE FULLEST POTENTIAL, AND FIGHT FOR YOUR DREAMS.

Thursday, December 2, 2010

Mahu jadi orang pandai



Sampai bila nak jadi bodoh? Sampai bila nak diperbodohkan? Jangan terus hidup jadi kuli batak orang. Jangan terus hidup bergantung pada orang. Kalau ditipu kau yang melenting, kau yang mengamuk, kau yang meroyan canang cerita satu dunia kau kena tipu. Menagih simpati orang kasihankan orang bodoh macam kau kena tipu.  Tetapi hakikatnya kau yang jahil, kau yang tak mahu belajar, kau yang biarkan diri kau ditipu bulat bulat. Bangun lah dari lena. Berdiri lah atas kaki sendiri. Belajar dari silap kau, berhenti tuding jari pada orang. Kalau pokok pangkalnya kau yang menganiaya diri kau sendiri. Jangan malu bertanya kalau tak tahu, tapi malu lah mengaku kau tahu segalanya tapi hakikatnya 2+2 pun kau terkial kial cari kalkulator. Jangan ! Tolong jangan tipu diri kau sendiri. Aku jelik, benci.



p/s: sampai rumah aku menghadap taman kau tau, aku pakai kereta apa kau tau, seluar apa aku pakai pun kau tahu. Hebat !

No comments:

Post a Comment